image
Keterangan Program

INTAN Sabah sentiasa komited dalam membudayakan inovasi dalam kalangan warga perkhidmatan awam sebagai salah satu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti penyampaian perkhidmatan. Sebagai dokongan terhadap nilai Daya Cipta dalam kerangka Malaysia MADANI, seminar inovasi ini dirancang sebagai platform bagi membuka ruang kepada tujahan pembaharuan dan pengupayaan modal insan dalam kalangan penjawat awam mencetus pemikiran inovasi dan kecemerlangan. Seminar ini turut berperanan sebagai medan untuk memupuk pemikiran kreatif dan menyemai mentaliti penambahbaikan berterusan, khususnya dalam kalangan penjawat awam yang menjadi tunjang kepada penyampaian perkhidmatan negara.


PENCERAMAH

image

DR. VELERIE WHEELERVON PRIMUS

PENCERAMAH
Dr. Velerie Wheelervon Primus, atau lebih dikenali sebagai Vonn Primus, ialah seorang guru pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor, Keningau, Sabah. Berinspirasikan pengalaman membesarkan anak lelakinya yang berusia sembilan tahun dan menghidap autisme, beliau tampil dengan idea inovatif membina sebuah bilik multisensori di sekolahnya untuk membantu murid-murid berkepentingan khas. Atas dedikasi dan sumbangan besar dalam bidang pendidikan, beliau telah menerima pelbagai pengiktirafan berprestij termasuk Malaysia Teacher Prize 2024 yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Anugerah Guru Pendidikan Khas Kebangsaan dan Negeri Sabah, serta Sabah State Youth Premier Award. Bersama pasukannya, Vonn turut menghasilkan pelbagai alat bantu mengajar inovatif yang meraih pingat emas dan perak di pertandingan peringkat negeri. Melangkaui kejayaan itu, beliau berhasrat menubuhkan kumpulan sokongan ibu bapa bagi anak-anak berkepentingan khas sebagai platform perkongsian sumber dan latihan.

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS SABAH
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

08-10-2025 / 8:00 Pagi

Hingga

08-10-2025 / 1:00 Petang

Bertempat

Dewan Mengkabong INTAN Kampus Sabah Lihat peta

Bayaran

Percuma

Brochure

Muat Turun

Aturcara

muat turun

QR Code

KATEGORI
Seminar | Lain-lain
TERMA & SYARAT
Penginapan tidak disediakan.