image
Keterangan Program

AI GRAND PRIX 2.0 (AIGP 2.0) sempena Hari Terbuka IPPTAR 2026 merupakan sebuah program yang memperkenalkan dunia Kecerdasan Buatan (AI) kepada orang ramai secara interaktif dan mudah difahami. Sejak diperkenalkan pada tahun 2025, program ini menjadi platform informasi dan ilmiah teknologi AI yang sesuai untuk semua peringkat umur, selaras dengan tema tahun ini iaitu “NEXUS: REALITY INTELLIGENCE” yang menekankan penggunaan AI dalam kehidupan seharian dan industri. Melalui program ini, pengunjung berpeluang menyaksikan pameran pelbagai produk dan inovasi berasaskan AI yang dibawakan oleh pemain industri serta institusi pengajian tinggi tempatan. Selain itu, sesi interaktif “LET’S TALK” turut diadakan, memberikan peluang kepada pengunjung untuk berkomunikasi secara langsung dengan YB Datuk Fahmi Fadzil yang berkongsi pandangan tentang perkembangan dan masa depan AI di Malaysia, serta sesi santai bersama YBhg. Dato' Roslan bin Ariffin yang membuka ruang perbincangan mesra bersama pengunjung. Secara keseluruhannya, AI GRAND PRIX 2.0 bukan sahaja menawarkan pengalaman informatif dan ilmiah yang menyeronokkan, malah memberi pendedahan kepada perkembangan terkini teknologi kecerdasan buatan dalam suasana santai dan inklusif. Program ini amat sesuai dihadiri oleh pelajar, keluarga dan masyarakat umum yang ingin memahami serta mendekati teknologi AI dengan lebih dekat. Jangan lepaskan peluang untuk hadir secara fizikal dan merasai sendiri pengalaman menarik ini. Promosi ini adalah untuk kemuncak program pada 6 Jun 2026 (Sabtu). Program utama berlangsung bermula 3hb sehingga 5hb Jun 2026. Antaranya Masterclass, Bengkel, Seminar dan Program Khas (SiXSEVEN NEXT WAVE). Keterangan lanjut untuk menyertai program utama tuan/puan boleh menghubungi terus di talian 01110401240. Terima kasih | PUNCAK LANGKAH | IPPTAR 55 Tahun (1971-2026)


PENCERAMAH

image

YB DATUK FAHMI FADZIL

MENTERI KOMUNIKASI
LET'S TALK | NEXUS: REALITY INTELLIGENCE
image

DATO ROSLAN BIN ARIFFIN

PENGARAH IPPTAR
LET'S TALK | LEGASI KE-20 [X20]

Anjuran

INSTITUT PENYIARAN DAN PENERANGAN TUN ABDUL RAZAK (IPPTAR)
INSTITUT PENYIARAN DAN PENERANGAN TUN ABDUL RAZAK (IPPTAR)
KEMENTERIAN KOMUNIKASI


Tarikh/ Masa

06-06-2026 / 8:00 Pagi

Hingga

06-06-2026 / 4:30 Petang

Bertempat

Dewan Cendekiawan IPPTAR

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

-Tiada-

QR Code

KATEGORI
Lain-lain | Lain-lain
TERMA & SYARAT
Penyertaan Terbuka secara fizikal