image
Keterangan Program

webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan penjawat awam tentang kepentingan keselamatan psikologi di tempat kerja. Peserta akan didedahkan kepada perbezaan antara persekitaran kerja yang benar-benar selamat dengan persekitaran yang kelihatan tenang tetapi sebenarnya menekan secara senyap. Webinar ini juga membantu mengenal pasti tanda-tanda tekanan tersembunyi seperti budaya diam, ketakutan untuk bersuara, burnout yang tidak disedari, serta komunikasi pasif-agresif yang boleh menjejaskan kesejahteraan individu dan organisasi. Selain itu, webinar ini menekankan kepentingan membina budaya keselamatan organisasi iaitu persekitaran kerja di mana setiap individu berasa selamat untuk memberi pandangan, membuat kesilapan secara terkawal, dan menyuarakan kebimbangan tanpa rasa takut dihukum. Ia turut mengukuhkan kemahiran komunikasi sihat serta hubungan kerja yang berasaskan kepercayaan dan empati. Akhirnya, harapan webinar ini adalah untuk membentuk organisasi yang bukan sahaja selamat dari segi fizikal, tetapi juga sihat dari segi emosi dan berdaya tahan secara psikologi.


PENCERAMAH

image

ZAKARIA BIN ZAWAWI

PERUNDING LATIHAN KANAN (PSIKOLOGI)

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS UTAMA BUKIT KIARA
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

08-06-2026 / 9:30 Pagi

Hingga

08-06-2026 / 11:30 Pagi

Bertempat

Secara Dalam Talian

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

-Tiada-

QR Code

KATEGORI
Seminar | Lain-lain
TERMA & SYARAT
-Tiada-