image
Keterangan Program

Kestabilan kewangan bukan sekadar berkaitan jumlah pendapatan dan simpanan, malah turut mempengaruhi kesejahteraan emosi, pemikiran dan kualiti kehidupan seseorang. Tekanan kewangan yang tidak diurus dengan baik boleh mencetuskan kebimbangan, tekanan emosi, konflik hubungan serta menjejaskan kesejahteraan psikologi. Program Sembang Santai Siri 9 ini membincangkan dimensi kewangan daripada perspektif psikologi dengan memberi penekanan kepada hubungan antara keadaan kewangan dan kesihatan emosi. Perbincangan turut mengetengahkan bagaimana individu boleh mengenal pasti tekanan emosi berkaitan kewangan, memahami tingkah laku dan corak pemikiran dalam pengurusan wang serta membina strategi daya tindak yang lebih sihat. Melalui pendekatan santai dan interaktif, program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran peserta bahawa kesejahteraan kewangan dan kesejahteraan emosi saling berkait, di samping memperkasakan individu untuk membuat keputusan kewangan secara lebih rasional, bijaksana dan seimbang.


PENCERAMAH

image

ATHIRAH BINTI MUSTAFFAR KAMAR

PEGAWAI PSIKOLOGI S10

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS UTAMA BUKIT KIARA
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

07-12-2026 / 9:30 Pagi

Hingga

07-12-2026 / 11:30 Pagi

Bertempat

Atas Talian

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

-Tiada-

QR Code

KATEGORI
Seminar | Lain-lain
TERMA & SYARAT
-Tiada-