image
Keterangan Program

Program Jalinan Mesra Psikologi Bersama Warga INTAN merupakan inisiatif Unit Perundingan dan Kaunseling, INTAN untuk memperkukuh kesejahteraan psikologi warga kerja melalui pendekatan sokongan, intervensi dan pengukuhan hubungan interpersonal. Program ini memberi penekanan kepada usaha meningkatkan daya tahan psikologi (resilience), kemahiran pengurusan stres serta amalan penjagaan kendiri bagi membantu warga INTAN menghadapi cabaran dan tekanan kerja harian dengan lebih positif, seimbang dan berkesan. Pendekatan ini turut menjadi langkah proaktif dalam mencegah risiko keletihan melampau (burnout) serta memelihara kesejahteraan fizikal, mental dan emosi. Selain itu, program ini berperanan mempererat hubungan silaturahim dan membina rasa kebersamaan dalam kalangan warga INTAN tanpa mengira gred, jawatan atau lokasi kampus. Melalui interaksi dan komunikasi yang lebih terbuka, program ini diharapkan dapat menyemai semangat kekeluargaan dan identiti 'Satu INTAN', di samping memupuk persekitaran kerja yang harmoni, positif dan menyeronokkan. Usaha ini diharap dapat meningkatkan motivasi, kreativiti dan produktiviti warga kerja, seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan penyampaian perkhidmatan INTAN. Program ini akan dilaksanakan secara dalam talian melalui platform Zoom dan warga INTAN boleh menyertai program menerusi pautan berikut: Pautan Zoom: https://zoom.us/j/96003081167?pwd=oclLcVJTcl4xjqBMKF91U17wwlO8Ro.1


PENCERAMAH

image

ZAKARIA BINTI ZAWAWI

PEGAWAI PSIKOLOGI S13
image

ATHIRAH BINTI MUSTAFFAR KAMAR

PEGAWAI PSIKOLOGI S10

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS UTAMA BUKIT KIARA
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

09-12-2026 / 9:30 Pagi

Hingga

09-12-2026 / 12:00 T/Hari

Bertempat

Atas Talian

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

-Tiada-

QR Code

KATEGORI
Seminar | Lain-lain
TERMA & SYARAT
Terbuka untuk Warga INTAN Bukit Kiara dan Kampus Wilayah Sahaja (IJE, INTIM, INTURA, IKWAS, INSARA & INSABAH)