image
Keterangan Program

SEMINAR INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 2025: "Dari Idea ke Impak" Selaras dengan agenda reformasi pentadbiran negara di bawah gagasan Malaysia MADANI, aspek DAYA CIPTA diberi penekanan sebagai salah satu daripada enam teras utama. Daya cipta merujuk kepada keupayaan untuk mencipta, menyesuaikan serta memperbaharui idea dan penyelesaian secara inovatif demi kemaslahatan rakyat dan kemajuan negara. Dalam konteks perkhidmatan awam, daya cipta menggesa penjawat awam agar berani keluar daripada kebiasaan dengan meneroka pendekatan baharu yang lebih cekap, responsif, dan berimpak tinggi. Inovasi bukan sahaja berperanan sebagai pemangkin kepada penyelesaian masalah, malah menjadi strategi jangka panjang dalam memperkukuh keyakinan rakyat terhadap penyampaian perkhidmatan kerajaan. Sehubungan itu, INTAN Kampus Sarawak akan menganjurkan Seminar Inovasi Perkhidmatan Awam 2025 bertemakan “Dari Idea ke Impak”. Seminar ini merupakan platform strategik untuk mengetengahkan hasil inovasi dan amalan terbaik dalam sektor awam, membuktikan bahawa idea yang bernas, apabila digilap dengan daya cipta dan komitmen, mampu memberi impak besar kepada rakyat dan negara. Penganjuran seminar ini juga diharap dapat menyemarakkan ekosistem inovasi dalam perkhidmatan awam serta menyuburkan budaya kreativiti dan pembaharuan berterusan, sejajar dengan nilai teras Malaysia MADANI.


PENCERAMAH

image

DR. HJ. NOORHISHAM BIN MOHD ALWI,

PERUNDING PEMBANGUNAN ORGANISASI , NH STRATEGIC RESOURCES
Pengalaman : • Memulakan Kerjaya bersama Perbadanan Produktivit Corporation MPC) pada18 Julai 1983; • Pendedahan awal KMK/QCC dalam tahun 1983, terlibat dalam mini, regional, national and international ICC Conventions; • Kajian QCC dalam tahun 1992; • 27 tahun dalam latihan, bimbingan dan juri KIK; dan • Dilantik sebagai Panel Konvensyen ICC/KIK Sarawak (SCISCA) pada tahun 2023 & 2024.
image

PUAN NOR INTAN BINTI PAMIN

PENGARAH WILAYAH SARAWAK, PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO) CAWANGAN WILAYAH SARAWAK.

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS SARAWAK
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

24-07-2025 / 8:00 Pagi

Hingga

24-07-2025 / 4:30 Petang

Bertempat

AUDITORIUM INTAN KAMPUS WILAYAH SARAWAK

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

muat turun

QR Code

KATEGORI
Seminar | Lain-lain
TERMA & SYARAT
-Tiada-