image
Keterangan Program

Bersama kita menimba ilmu dan perkongsian pengalaman dalam topik "REFORMASI TATAKELOLA dan KEPIMPINAN DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM" bersama YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof. Dr. Noorul Ainur Mohd Nur yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha di pelbagai Kementerian dan kini dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah, UCYP University, Pahang.


PENCERAMAH

image

TAN SRI DATO SRI PROF. DR. NOORUL AINUR BINTI MOHD NUR

PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA, UCYP UNIVERSITY
YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof. Dr. Noorul Ainur binti Mohd Nur merupakan satu nama besar yang tidak perlu diperkenalkan dalam perkhidmatan awam. Memulakan karier sebagai penjawat awam pada tahun 1983, beliau berpengalaman luas dalam sektor ini termasuk pernah berkhidmat di Bank Dunia dan menjadi Ketua Setiausaha di pelbagai Kementerian termasuklah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) antara tahun 2010 hingga 2014. Selepas di KPWKM, beliau juga pernah digelar sebagai “Iron Lady” dalam perkhidmatan awam seterusnya mencurahkan khidmat sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sehingga 2016 dan kemudiannya menjawat jawatan terakhir sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebelum bersara pada 2018. Selepas bersara, beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP University, Kuantan, Pahang dan masih aktif dalam memenuhi jemputan perkongsian ilmu serta pengalaman luas beliau bersama penjawat awam.

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS WILAYAH UTARA (INTURA)
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

24-07-2025 / 8:30 Pagi

Hingga

24-07-2025 / 1:00 Petang

Bertempat

Dewan Jubli Perak, INTAN Kampus Wilayah Utara, Jalan Kuala Ketil, 08000 Sungai Petani, Kedah. Lihat peta

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

muat turun

QR Code

KATEGORI
Seminar | Lain-lain
TERMA & SYARAT
Terbuka kepada semua penjawat awam terutamanya dari Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.