image
Keterangan Program

Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta supaya ”membetulkan perkara yang selama ini dianggap biasa dan membiasakan perkara yang sepatutnya betul”, khususnya dalam pengurusan kewangan, tuntutan dan aspek integriti. Program kali ini menjemput pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi memberikan pendedahan berkaitan definisi rasuah, bentuk-bentuk kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (Akta 694) termasuk kesalahan menerima dan memberi suapan, salah guna kuasa, penyelewengan serta konflik kepentingan. Selain itu, peserta turut diberikan pendedahan bahawa pembudayaan integriti hendaklah bermula daripada setiap individu melalui penghayatan nilai amanah, akauntabiliti, ketelusan dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas serta implikasi undang-undang dan kesan negatif amalan rasuah terhadap organisasi, ekonomi negara dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi awam.


PENCERAMAH

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS WILAYAH TIMUR (INTIM)
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

10-09-2026 / 8:30 Pagi

Hingga

10-09-2026 / 1:00 Petang

Bertempat

DEWAN SAMUDERA, INTAN KAMPUS WILAYAH TIMUR (INTIM)

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

-Tiada-

QR Code

KATEGORI
Seminar | Kewangan
TERMA & SYARAT
-Tiada-