image
Keterangan Program

Webinar Enterprise Architecture (EA) 2025 anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) akan diadakan pada 23 September 2025 (Selasa), jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari secara dalam talian. Program ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh agenda transformasi digital sektor awam melalui pendekatan EA yang menyelaras strategi, proses, data, aplikasi dan teknologi secara holistik berasaskan prinsip Whole-of-Government (WoG). Pelaksanaan webinar ini melibatkan pembentangan pegawai dari pelbagai kementerian dan agensi yang berpengalaman luas dalam bidang EA. Antara topik yang akan dibincangkan termasuk peranan EA dalam perancangan strategik, kepimpinan digital, kompetensi pelaksanaan, cabaran adaptasi serta nilai tambah EA dalam transformasi organisasi. Selain itu, sesi forum interaktif akan dijalankan sebagai wadah dialog strategik antara panel dan peserta untuk mengupas isu semasa, berkongsi pengalaman serta mengemukakan cadangan penambahbaikan. Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kefahaman serta meningkatkan kapasiti penjawat awam dalam mendukung agenda transformasi digital sektor awam.


PENCERAMAH

image

PUAN DIRAYANA BINTI KAMARUDIN

KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN JABATAN DIGITAL NEGARA
image

YBRS. DR. SYUHADA BINTI HAMZAH

KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN
image

ENCIK MUHAMMAD ZIYAD IZDIHAR

KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN
image

YBHG. PROF. DR. AG. ASRI BIN AG. IBRAHIM

KETUA PEGAWAI DIGITAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Ketua Pegawai Digital Universiti Malaysia Sabah

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS UTAMA BUKIT KIARA
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

23-09-2025 / 8:30 Pagi

Hingga

23-09-2025 / 12:00 T/Hari

Bertempat

Platform Zoom

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

muat turun

QR Code

KATEGORI
Lain-lain | ICT
TERMA & SYARAT
Terbuka kepada semua