image
Keterangan Program

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas bahasa pengaturcaraan Dart dan pembangunan aplikasi menggunakan Flutter. Peserta akan mempelajari cara mereka bentuk dan membangunkan aplikasi mudah alih berasaskan konsep widget, mengintegrasikan Firebase ke dalam aplikasi Flutter, serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui pembangunan aplikasi mudah alih yang lebih efektif dan inovatif. Kursus ini sesuai untuk penjawat awam dalam gred F dan FA yang terlibat dalam bidang teknologi maklumat. Bagi sektor swasta pula, kursus ini sesuai untuk individu yang mempunyai pengetahuan asas dalam pengaturcaraan dan berminat untuk meningkatkan kemahiran dalam pembangunan aplikasi mudah alih.


PENCERAMAH

image

MUHAMMAD FIRDAUS MOHAMAD NOR SING

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT KANAN

Anjuran

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI


Tarikh/ Masa

10-08-2026 / 8:30 Pagi

Hingga

12-08-2026 / 5:00 Petang

Bertempat

Pusat Teknologi Digital (DigitalUKM), Universiti Kebangsaan Malaysia Lihat peta

Bayaran

RM 500

Brochure

Muat Turun

Aturcara

muat turun

QR Code

KATEGORI
Bengkel | ICT
TERMA & SYARAT
Penyertaan adalah terhad kepada 25 orang peserta dan tertakluk kepada pengesahan urus setia, pendaftaran hanya dianggap sah selepas bayaran penuh diterima, yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri atau tidak hadir, penggantian peserta dibenarkan dengan makluman awal, peserta wajib menghadiri sekurang-kurangnya 80% daripada keseluruhan kursus untuk melayakkan penerimaan sijil, membawa komputer riba sendiri serta memastikan Android Studio, Visual Studio Code dan Flutter telah dipasang, manakala pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan peralatan dan data peserta, berhak meminda jadual, kandungan, tempat atau pengajar sekiranya diperlukan, serta boleh menggunakan gambar dan rakaman sepanjang kursus bagi tujuan dokumentasi dan hebahan rasmi, dan dengan mendaftar, peserta dianggap telah membaca serta bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan.