image
Keterangan Program

Raikan kemeriahan Aidilfitri dengan cara yang lebih bermakna menerusi storytelling eksklusif yang penuh dengan emosi, kenangan dan inspirasi. Program berdurasi 1 jam secara dalam talian ini dipandu oleh DJ Anisma dari Radio Klasik sebagai moderator. Turut menampilkan secara eksklusif 5 Finalis AI TELATAH OYEN iaitu Noramalina, Pixel Lokal, Afifiey Termizi, Mint Gemuk dan Qasehnya QaireeNurul - yang akan membawakan anda menyelami kisah Raya dari era 90-an hingga ke hari ini. Bayangkan suasana Raya dahulu - kad raya, panggilan telefon rumah, persiapan juadah Raya dan kunjungan penuh makna. Kini, segalanya dihujung jari dengan teknologi komunikasi pintar yang menghubungkan kita tanpa batas. Perubahan ini menjadi latar kepada sesi penceritaan yang menyentuh hati, mengimbau nostalgia dan membuka perspektif baharu tentang erti Syukur Selalu. Lebih menarik, para finalis akan berkongsikan karya AI dan kisah unik mereka - Kenangan Itu Kita, Sahabat Sejati, Cinta Pertama, Janji Setia, Masa Depan dan Cinta Hati - termasuk cerita disebalik tabir penghasilan kreatif TELATAH OYEN yang pasti memberikan inspirasi kepada anda. AI merupakan cabang baharu dalam berkarya tanpa menjejaskan Industri Kreatif sedia ada atau kaedah penghasilan karya secara konvensional. Menggunakan AI adalah suatu pilihan dan bukannya paksaan. Jika tidak mahu menggunakannya pun tiada halangan dan tidak perlu kecam atau perlekehkan. Ini merupakan ruang, peluang dan cabang baharu yang akan terus berkembang tanpa mengganggu atau mengancam cara bekerja atau berkarya secara konvensional. Berkarya menerusi kecerdasan buatan akan membentuk legasinya tersendiri tanpa gugat mana-mana legasi sedia ada. Ini bukan sekadar sesi mendengar cerita, ianya merupakan modul latihan baharu yang akan diperkenalkan oleh IPPTAR. Jangan lepaskan peluang HADIR! Sertai kami secara dalam talian dan jadilah sebahagian daripada pengalaman Raya yang penuh makna, emosi dan inspirasi. Kerana setiap cerita...ada jiwa, ada kenangan dan ada kita.


PENCERAMAH

image

DJ ANISMA

PENYAMPAI RADIO KLASIK
Moderator
image

NORAMALINA

PROMPTER
Finalis AI TELATAH OYEN
image

PIXEL LOKAL

PROMPTER
Finalis AI TELATAH OYEN
image

AFIFIEY TERMIZI

PROMPTER
Finalis AI TELATAH OYEN
image

MINT GEMUK

PROMPTER
Finalis AI TELATAH OYEN
image

QASEHNYA QAIREENURUL

PROMPTER
Finalis AI TELATAH OYEN

Anjuran

INSTITUT PENYIARAN DAN PENERANGAN TUN ABDUL RAZAK (IPPTAR)
INSTITUT PENYIARAN DAN PENERANGAN TUN ABDUL RAZAK (IPPTAR)
KEMENTERIAN KOMUNIKASI


Tarikh/ Masa

06-04-2026 / 11:00 Pagi

Hingga

06-04-2026 / 12:00 T/Hari

Bertempat

Secara Dalam Talian (Zoom): https://zoom.us/j/98515209991 Webinar ID: 985 1520 9991 Passcode:847895

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

-Tiada-

QR Code

KATEGORI
Lain-lain | Lain-lain
TERMA & SYARAT
Penyertaan Terbuka