image
Keterangan Program

Ramadan adalah “Penghulu Bulan” iaitu bulan yang diturunkan Al-Quran sebagai panduan untuk umat manusia. Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183 dan 185 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa”. Sesungguhnya bulan Ramadan adalah bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh setiap umat islam, memandangkan ianya bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak manfaat, faedah dan fadhilat bagi mereka yang menghargainya. Pengajuran program ini adalah untuk (i) Melahirkan penjawat awam yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti penjawat awam; (ii) melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan penjawat awam; (iii) mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi; (iv) sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang bulan Ramadan; dan (v) memahami dengan lebih jelas sifat-sifat terbaik dalam mengalas tanggungjawab yang diamanahkan baik sebagai penjawat awam mahupun sebagai umat islam.


PENCERAMAH

image

USTAZ AMIRULHAKIM BIN SAPARUDIN

PEJABAT PUSAT ISLAM, UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS SELATAN (IKWAS)
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

13-04-2023 / 9:30 Pagi

Hingga

13-04-2023 / 12:00 T/Hari

Bertempat

FB INTAN KAMPUS WILAYAH SELATAN (HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/INTAN.WILAYAH.SELATAN)

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

-Tiada-

QR Code

KATEGORI
Lain-lain | Lain-lain
TERMA & SYARAT
Tiada