image
Keterangan Program

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) akan menganjurkan program INTAN Minister’s Conversation (IMC) bersama-sama Menteri Sumber Manusia. IMC merupakan salah satu program bitara INTAN dan telah diperkenalkan sebagai salah satu pentas wacana perkongsian ilmu dalam membentuk sinergi kukuh antara kerajaan dengan penjawat awam. Penganjuran program ini bermula sejak tahun 2013 dan sebanyak 23 siri telah berjaya dilaksanakan melibatkan menteri-menteri di peringkat persekutuan dan juga negeri. Bagi meneruskan momentum kecemerlangan penganjuran program ini, sesi perkongsian bagi INTAN Minister’s Conversation pada bulan Oktober ini akan menampilkan Yang Berhormat Tuan Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia dengan tema Dialog Sosial: Rekayasa KESUMA melalui Aspirasi 3K (Kebajikan, Kemahiran dan Keberhasilan). Perkongsian ini tidak hanya memberikan informasi terkini, tetapi juga menekankan kepentingan pembangunan sumber manusia yang berterusan dan mampan untuk masa depan negara.


PENCERAMAH

image

YB TUAN STEVEN SIM CHEE KEONG

MENTERI SUMBER MANUSIA

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS UTAMA BUKIT KIARA
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

03-10-2024 / 9:00 Pagi

Hingga

03-10-2024 / 12:30 T/Hari

Bertempat

Dewan Serbaguna, INTAN Bukit Kiara Lihat peta

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

muat turun

QR Code

KATEGORI
Seminar | Lain-lain
TERMA & SYARAT
Penyertaan kehadiran daripada pelbagai gred jawatan di dalam sektor awam serta swasta