image
Keterangan Program

Program Bual Bicara berdurasi 1 jam secara dalam talian. Membicara trend teknologi kini iaitu KECERDASAN BUATAN / ARTIFICIAL INTELLIGENCE (A.I) yang perlu dipelajari dan dikuasai. Merujuk kepada pendidikan melibatkan A.I. masa kini ke arah memahami, menganalisis dan merancang bahan pembelajaran serta pengalaman pembelajaran bersesuaian dengan kehendak dan permintaan semasa. IPPTAR buat julung kalinya memperkenalkan pembelajaran A.I. iaitu Artificial Intelligence Technology For TV Designing. Kelangsungan pembelajaran akan diteruskan secara bersasar di masa akan datang dan bakal tampil dengan pelbagai siri pembelajaran secara Tailor Made yang disesuaikan untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan Institut Pengajian Tinggi. Pembelajaran A.I. untuk komuniti juga bakal diperkenalkan dan golongan sasaran bakal ditentukan. Menerusi Program Bual Bicara sempena ASPIRASI TRANSFORMASI BERINSPIRASI - IPPTAR TERUS MELANGKAH 2024-2025 membicarakan ruang dan peluang yang boleh diterokai menerusi teknologi A.I. yang bakal mengubah lanskap pendidikan dan ekonomi negara masa depan. Bual Bicara ini menampilkan 3 Panel Eksklusif: a. Puan Nur Hafizoh binti Idris - Pengarah Kedahfm b. Encik Khairullizam bin Selamat - Ketua Unit Reka Bentuk RTM Angkasapuri Kota Media c. Puan Razlinda binti Rahmat - A.I. Generative Coach, NeuraMerge


PENCERAMAH

image

NUR HAFIZOH BINTI IDRIS

PENGARAH KEDAHFM
Speaker
image

KHAIRULLIZAM BIN SELAMAT

KETUA UNIT REKA BENTUK RTM ANGKASAPURI KOTA MEDIA
Speaker
image

RAZLINDA BINTI RAHMAT

A.I. GENERATIVE COACH
Speaker

Anjuran

INSTITUT PENYIARAN DAN PENERANGAN TUN ABDUL RAZAK (IPPTAR)
INSTITUT PENYIARAN DAN PENERANGAN TUN ABDUL RAZAK (IPPTAR)
KEMENTERIAN KOMUNIKASI


Tarikh/ Masa

16-05-2024 / 11:00 Pagi

Hingga

16-05-2024 / 12:00 T/Hari

Bertempat

Dalam Talian

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

-Tiada-

QR Code

KATEGORI
Lain-lain | ICT
TERMA & SYARAT
Penyertaan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia