image
Keterangan Program

Seminar ini merupakan program tahunan anjuran INTAN Kampus WIlayah Sarawak bersempena pengisian Bulan Ramadan. Bagi tahun ini, INTAN Kampus Wilayah Sarawak menganjurkan sebuah seminar bertemakan “Kepimpinan Berteraskan Nilai Spiritual dan Integriti Penjawat Awam.” Penganjuran seminar ini mensasarkan penyertaan penjawat awam daripada pelbagai agensi Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun di sekitar Samarahan. Program ini diadakan sebagai platform pengukuhan nilai kepimpinan diri (self-leadership) dalam kalangan penjawat awam melalui penghayatan Ramadan sebagai bulan tarbiah dan pembinaan sahsiah. Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, seminar ini memberi penekanan kepada pemerkasaan nilai ihsan, integriti dan akauntabiliti dalam pelaksanaan tugas serta tanggungjawab perkhidmatan awam. Melalui pengisian ceramah dan perkongsian ilmiah, peserta diharap dapat membentuk kompas kepimpinan yang berpaksikan nilai spiritual, etika kerja cemerlang dan keikhlasan dalam menyempurnakan amanah.


PENCERAMAH

image

PROFESOR DR. ABDUL JALIM BIN BUSARI

PENGARAH @ PUSAT KEPIMPINAN UNIMAS

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS SARAWAK
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

11-03-2026 / 2:00 Petang

Hingga

11-03-2026 / 4:00 Petang

Bertempat

AUDITORIUM INTAN KAMPUS WILAYAH SARAWAK

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

-Tiada-

QR Code

KATEGORI
Seminar | Lain-lain
TERMA & SYARAT
TERBUKA KEPADA SEMUA PENJAWAT AWAM BERAGAMA ISLAM