image
Keterangan Program

Karnival Gala Budi, Bahasa dan Budaya 2023 telah dilaksanakan bermula pada bulan Mei 2023 dengan Simposium Protokol zon Selatan di INTAN Kampus Wilayah Selatan, serta telah dilancarkan pada 9 Jun 2023 di Auditorium INTAN Bukit Kiara. Pelancaran karnival ini dilaksanakan seiring penganjuran Seminar Protokol dan Bahasa bertemakan Keandalan Budi dan Bahasa dalam Ketinggian Budaya Perkhidmatan Awam. Sebanyak 15 program telah dilaksanakan di INTAN seluruh negara di bawah payung karnival ini yang merupakan julung-julung kali program seumpamanya dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, majlis penutupan Karnival Gala ini akan diadakan pada 5 Oktober 2023 di Dewan Seri Baiduri, INTAN Bukit Kiara. Pengisian utama sempena majlis penutupan ini ialah Pertandingan Akhir Gegar Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (GPKPPA).


PENCERAMAH

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS UTAMA BUKIT KIARA
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

05-10-2023 / 7:30 Pagi

Hingga

05-10-2023 / 1:00 Petang

Bertempat

DewanSeri Baiduri, INTAN Bukit Kiara Lihat peta

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

-Tiada-

QR Code

KATEGORI
Lain-lain | Bahasa
TERMA & SYARAT
Terbuka kepada semua penjawat awam