image
Keterangan Program

Penganjuran webinar yang bertajuk Api Padam Puntung Berasap : Membina Kredibiliti Melalui Komunikasi ini bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran dan pendedahan kepada penjawat awam berhubung aspek komunikasi berkesan terutamanya di tempat kerja. Webinar ini secara umumnya adalah bagi meningkatkan kemahiran peserta dalam komunikasi interpersonal.


PENCERAMAH

image

MOHD RIZAL BIN ABD RASHID

JURULATIH KOMUNIKASI, INTERNATIONAL SPEAKER & AUTHOR
Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan seorang jurulatih bertauliah daripada Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Badan Nasional Sertifikasi Profesi (BNSP) Indonesia. Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language. Beliau merupakan anak Malaysia pertama yang bermentorkan Juara Dunia Public Speaking 2014, Dananjaya J. Hettiarachci. Beliau bertalaqqi secara berdepan dan one to one untuk menyedut segala ilmu #WORLDCLASS untuk dikongsikan kepada seluruh rakyat Malaysia. Hasil dari berguru dengan ramai individu ternama dalam komunikasi serta pengalaman yang luas, beliau adunkan dan berjaya memformulasikan modul dan membina teknologi komunikasi berpengaruh pertama di Malaysia untuk sesiapa sahaja yang mahukan kejayaan. Beliau percaya, ‘success led by the power of communication’

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS WILAYAH TIMUR (INTIM)
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

07-09-2023 / 9:00 Pagi

Hingga

07-09-2023 / 1:00 Petang

Bertempat

dalam talian Sertai kami melalui pautan : https://zoom.us/j/93953839379?pwd=RVgwTEpRNjZnTE9KTlZXZ2hLRXJ5Zz09 Meeting ID: 939 5383 9379 Passcode: 040006 atau di FB INTIM: https://www.facebook.com/intanwilayahtimur/

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

muat turun

QR Code

KATEGORI
Seminar | Lain-lain
TERMA & SYARAT
-Tiada-