image
Keterangan Program

BENGKEL INI HANYA TERHAD KEPADA MUNSYI MUDA BAHASA YANG TELAH DITAULIAHKAN SAHAJA. Audit Bahasa Melayu telah dipekelilingkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam (PP1/2020). Walau bagaimanapun, Program Audit Bahasa Melayu telahpun dimulakan sejak tahun 2014 melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Bilangan 2 Tahun 2014 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 9 September 2014. Juruaudit bagi program ini terdiri daripada Munsyi Dewan. Walau bagaimanapun, terdapat keperluan untuk membangunkan kepakaran auditan bahasa Melayu dalam kalangan Munsyi Muda Bahasa bagi memperbanyak bilangan juruaudit dan penjajaran skop tugas Munsyi Muda Bahasa dengan Juruaudit Bahasa iaitu (1) Meneliti tahap penggunaan bahasa Melayu bagi maksud rasmi; (2) Meneliti mutu bahasa Melayu yang digunakan dalam dokumen rasmi; (3) Memberikan ulasan dan cadangan untuk memperkukuh penggunaan bahasa Melayu bagi maksud rasmi; dan (4) Mencadangkan program tindakan untuk peluasan dan pemantapan dasar bahasa kebangsaan.


PENCERAMAH

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS UTAMA BUKIT KIARA
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

01-08-2023 / 8:30 Pagi

Hingga

03-08-2023 / 4:30 Petang

Bertempat

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Putrajaya, Aras 4, Blok C3, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya. Lihat peta

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

muat turun

QR Code

KATEGORI
Bengkel | Bahasa
TERMA & SYARAT
BENGKEL INI HANYA TERHAD KEPADA MUNSYI MUDA BAHASA YANG TELAH DITAULIAHKAN SAHAJA.