image
Keterangan Program

Sebagai sebahagian program pembangunan pascapentauliahan Munsyi Muda Bahasa, INTAN telah melaksanakan Bengkel Pemerkasaan Munsyi Muda Bahasa bagi Munsyi Muda Bahasa yang telah ditauliahkan sejak tahun 2021 dengan tema yang berbeza: a. 2021: Kemahiran Penulisan Rasmi; b. 2022: Edisi Pakar Rujuk Dokumen Rasmi; c. 2023: Edisi Audit Bahasa Melayu; dan d. 2024: Pengacaraan Sektor Awam (tentatif). Munsyi Muda Bahasa selaku perujuk bahasa sektor awam wajar diberikan sebuah wahana untuk menggilap bakat dan kemahiran sebagai pengacara yang versatil terutamanya dalam majlis-majlis rasmi anjuran Perkhidmatan Awam. INTAN selaku pusat latihan sektor awam bertanggungjawab menyediakan platform penambahbaikan komponen majlis kerajaan melalui pembangunan pengacara majlis awam yang berkualiti.


PENCERAMAH

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS UTAMA BUKIT KIARA
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

16-07-2024 / 7:00 Pagi

Hingga

18-07-2024 / 4:30 Petang

Bertempat

Auditorium, INTAN Jalan Elmu

Bayaran

Percuma

Brochure

Muat Turun

Aturcara

-Tiada-

QR Code

KATEGORI
Bengkel | Bahasa
TERMA & SYARAT
Terhad kepada Pengacara Majlis Kerajaan yang berpengalaman sahaja. Munsyi Muda Bahasa diberikan keutamaan.