PENCERAMAH
ENCIK RUDY LUDINATA
PERUNDING IMEJ BERTAULIAHRudy menerima latihan intensif dan pentauliahan profesional sebagai Perunding Imej Bertauliah – Diploma Kemahiran Malaysia (Perundingan Imej) dari Jabatan Kemahiran Malaysia, Kementerian Sumber Manusia selain pentauliahan Certified Profesional Image Consultant (CPIC), Certified Fine Dining Consultant (CFDC) dan HRD Corp (TTT5952). Beliau berpengalaman dan berkemahiran tinggi mengendalikan program Perundingan Imej, Protokol, Etiket Sosial, Pengucapan Awam, Pengurusan Majlis Rasmi Kerajaan, Perhubungan Awam, Pengurusan Khidmat Pelanggan dan Pemasaran Media Sosial. Rudy yang mempunyai kelulusan ijazah undang-undang dari Fukushima University, Jepun memulakan kerjaya sebagai pramugara dengan sebuah syarikat penerbangan yang terkemuka di Asia Timur. Karakter beliau yang penuh dedikasi dan ketelitian beliau yang tinggi membawa beliau ke bidang kerjaya berikutnya sebagai Diplomat di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta, Indonesia. Sepanjang karier beliau, Rudy berpengalaman menguruskan pelbagai majlis dan acara yang berprestij tinggi serta dihadiri oleh individu kenamaan antaranya: • Pegawai Protokol dan Koordinator Majlis Santapan Malam Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bersama rakyat Malaysia di Jakarta, sempena Keberangkatan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV ke Jakarta dan Bali, Indonesia. • Ketua Pegawai Protokol pengurusan ketibaan Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad sempena Majlis Penganugerahan Doctor Honorary Causa (Ph.D Kehormat) kepada Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad oleh Universitas Sebelas Maret, Kota Solo, Surakarta. • Pegawai Protokol penyelarasan mesyuarat dan majlis makan malam rasmi YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan pemimpin pelajar Malaysia di Indonesia. Melalui pengalaman tugas, kemahiran dan pentauliahan yang beliau perolehi, Rudy kini aktif diundang mengendalikan pelbagai program latihan di pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, selain menjadi tenaga pengajar di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Kementerian Luar Negeri dan Institut Latihan Sektor Awam Negeri Sabah (INSAN). Selain itu, Rudy turut melaksanakan pelbagai kursus imej, etiket dan protokol di syarikat korporat seperti Maybank Etiqa Bhd., TNB, PASDEC Holdings dan sebagainya. Kelebihan beliau mengendalikan program dengan teknik yang interaktif dan menggalakkan penglibatan peserta menjadi antara faktor beliau kerap diundang sebagai trainer atau penceramah. Beliau yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun, juga sering diundang sebagai juruacara majlis rasmi dan tidak rasmi di pelbagai peringkat, pernah diundang berkongsi topik berkaitan penampilan lelaki secara bersiri di Radio Nasional FM, selain penulis Buku 77 INSPIRASI GAYA PENJAWAT AWAM.
Anjuran
INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS WILAYAH TIMUR (INTIM)
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERDANA MENTERI
Tarikh/ Masa
20-10-2026 / 8:00 Pagi
Hingga
20-10-2026 / 1:00 Petang
Bertempat
Dewan Samudera, INTAN Kampus Wilayah Timur Lihat peta
Bayaran
Percuma
Brochure
-Tiada-Aturcara
QR Code
KATEGORI
Seminar | Lain-lain
TERMA & SYARAT
Terbuka kepada peserta daripada penjawat awam dari pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun di Pantai Timur merangkumi negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan.