image
Keterangan Program

DISKUSI FIQH AL-MIZAN MENYENTUH MENGENAI PRINSIP DAN KONSEP FIQH AL-MIZAN DALAM PROSES ISTINBAT HUKUM DAN DISAMPAIKAN OLEH USTAZ AHMAD FAUWAZ FADZIL. DISKUSI INI MERUPAKAN SLOT PERTAMA BAGI PROGRAM KESELURUHAN BICARA TOKOH ANTARABANGSA PROF. SHEIKH DR AHMAD AL-RAYSUNI. SLOT KEMUNCAKNYA AKAN DIADAKAN PADA JAM 7.30-11.00 MALAM.


PENCERAMAH

image

USTAZ AHMAD FAUWAZ FADZIL

AHLI KLUSTER PUSAT KAJIAN MAQASID SYARIAH INSTITUT DARUL EHSAN
Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil Beliau merupakan graduan Universiti al-Azhar, Mesir dalam bidang Syariah Islam, dan dianugerahkan Sijil Kemahiran Fatwa daripada Badan Fatwa di Mesir. Mempunyai ijazah ilmiah untuk mengajar kitab-kitab fiqh dan usul mazhab al-Syafi‘i yang diperoleh daripada ulama-ulama Mesir seperti Dr. Saad Jawish dan Syeikh Syaltut. Beliau berkemahiran dalam usul fiqh serta fiqah perubatan dan sebagainya. Merupakan ahli Persatuan Ulama Sedunia dan bekas Pensyarah Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan Pengarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Asasi KUIN. Selain menjadi speaker jemputan JAKIM, beliau merupakan salah seorang fasilatator untuk menyiapkan modul fatwa JAKIM, panel penggubal fatwa JAKIM dan penggubal silibus kitab turath. Beliau aktif dalam bidang dakwah di seluruh Malaysia dan telah membentang lebih 20 kertas kerja di peringkat akademik, kebangsaan dan negeri serta menterjemah lebih 15 buah buku. Selain itu, beliau juga aktif menyampaikan ceramah di televisyen dan radio serta merupakan Kolumnis majalah Solusi, al-Ustaz dan Gen-Q terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Kini beliau bertugas di Telaga Biru Sdn.Bhd. sebagai konsultan syariah.

Anjuran


JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

06-01-2020 / 3:00 Petang

Hingga

06-01-2020 / 5:00 Petang

Bertempat

DEWAN TAN SRI IBRAHIM LEMBUT, ARAS 5, JKSM

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

muat turun

QR Code

KATEGORI
Persidangan | Lain-lain
TERMA & SYARAT
PROGRAM TERTUTUP UNTUK JEMPUTAN KHAS SAHAJA.