image
Keterangan Program

Seminar ini direka khas untuk membina keupayaan penjawat awam dalam mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) bersama pertimbangan profesional dan tadbir urus yang mantap. Melalui sesi ini, para peserta akan menerokai kesan AI terhadap masa depan pekerjaan, mengenal pasti tindakan praktikal di tempat kerja, serta memahami batas penggunaannya, termasuk aspek keselamatan data, privasi, ketepatan, bias, dan akauntabiliti demi transformasi perkhidmatan awam yang lebih cekap.


PENCERAMAH

image

PUAN NURUL KHAIRUNIE BINTI MAHTAR

PENSYARAH
Teknologis Pendidikan dan Jurulatih Pembelajaran Digital. Seorang Pensyarah Akademik di Jabatan Kecemerlangan Akademik di IPG Kampus Ilmu Khas. Seorang Apple Educator, pendidik, pakar teknologi pendidikan (Educational Technologist), dan jurulatih pembelajaran digital di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
image

PUAN WAN FAZLIN NADIA WAN OSMAN

PENGARAH SEKSYEN DAYA SAING NEGARA, MALAYSIA PRODUCTIVITY CORPORATION (MPC)
Puan Wan Fazlin Nadia Wan Osman merupakan Pengarah Seksyen Daya Saing Negara, Malaysia Productivity Corporation (MPC). Beliau mempunyai pengalaman luas dalam agenda reformasi regulatori dan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB), khususnya dalam usaha mengurangkan kerenah birokrasi, memperkemas proses kerja serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam. Beliau juga pernah mengikuti pengajian di Blavatnik School of Government, University of Oxford, dan aktif berkongsi kepakaran berkaitan reformasi sektor awam, produktiviti serta peningkatan daya saing negara.

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS SABAH
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

14-10-2026 / 7:00 Pagi

Hingga

14-10-2026 / 1:00 Petang

Bertempat

Dewan Seminar Mengkabong, INTAN Kampus Sabah

Bayaran

Percuma

Brochure

Muat Turun

Aturcara

-Tiada-

QR Code

KATEGORI
Seminar | Lain-lain
TERMA & SYARAT
-Tiada-