image
Keterangan Program

Bersama kita mendengar daripada Pakar Psikiatri yang dibawakan khas untuk berkongsi ilmu serta kepakaran beliau tentang permasalahan dan isu kesihatan mental di kalangan penjawat awam.


PENCERAMAH

image

DR. AHMAD ROSTAM BIN MD ZIN

PAKAR PSIKIATRI
Dr Ahmad Rostam bin Md Zin merupakan Pakar Psikiatri yang kini berkhidmat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Beliau yang berasal Negeri Sembilan mula bertugas sebagai penjawat awam di Hospital Melaka pada 2004 dan seterusnya berkhidmat di pelbagai tempat antaranya di Hospital Kuala Nerang Kedah, Hospital Duchess of Kent Kota Kinabalu Sabah dan juga Hospital Putrajaya. Selain itu, beliau turut pernah berkhidmat secara sangkutan di Hospital Selayang, Hospital Pulau Pinang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selain pernah melaksanakan tugasan sebagai pakar psikiatri pelawat di Hospital Beluran, Hospital Lahad Datu, Institut Kanser Negara dan Hospital Rehabilitasi di Cheras. Dr Ahmad Rostam sering diundang ke pelbagai forum serta seminar sama ada secara bersemuka mahupun dalam talian termasuklah di peringkat antarabangsa kerana kepakarannya dalam bidang Psikiatri. Beliau juga pernah menulis buku bertajuk “Healing The Invincible Wound” di samping beberapa naskah produk “e-book” khusus untuk pendidikan dan pembentukan awal psikologi anak-anak.

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS WILAYAH UTARA (INTURA)
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

21-05-2024 / 8:30 Pagi

Hingga

21-05-2024 / 1:00 Petang

Bertempat

Dewan Jubli Perak, INTAN Kampus Wilayah Utara, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Lihat peta

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

-Tiada-

QR Code

KATEGORI
Seminar | Lain-lain
TERMA & SYARAT
Terbuka kepada semua penjawat awam khususnya sekitar Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.