image
Keterangan Program

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada para penjawat awam untuk menjalani sesi pembelajaran berbentuk ceramah dan secara tidak langsung membantu jabatan serta agensi bagi mencapai sasaran jumlah hari berkursus yang telah ditetapkan bagi penjawat awam. Y.A.B Perdana Menteri telah memperkenalkan “Malaysia Madani” sebagai langkah mengangkat semula martabat negara dan dihormati semula sebagai negara makmur berteraskan enam teras utama iaitu (keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan). Sehubungan itu, seminar ini akan menekankan kepada teras ketiga iaitu Daya cipta (inovasi) yang perlu diterapkan di dalam perkhidmatan awam seterusnya dibudayakan oleh semua penjawat awam agar penyampaian perkhidmatan awam akan sentiasa ditambah baik dan secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Daya cipta atau inovasi ditakrifkan sebagai idea baharu, proses baharu, produk baharu yang merubah sesuatu menjadi lebih cekap dan menyerlahkan potensi yang belum pernah diterokai. Malaysia Madani pula mentakrifkan daya cipta atau inovasi dengan pembaharuan, reka cipta dan reka baharu. Daya cipta, sebagai salah satu rukun Malaysia Madani, akan mewujudkan proses perubahan berterusan, yang mendakap dan memperkasa kreativiti rakyat. Malaysia Madani akan menyediakan persekitaran dan infrastruktur yang mampu merangsang kreativiti dan menggalakkan penghasilan sistem, produk, idea dan proses lebih maju. Tahun lepas, Malaysia di kedudukan ke-36 daripada 132 negara berdasarkan Laporan Global Innovation Index (GII) Tahun 2022 yang telah dikeluarkan oleh World Intellectual Property Organization (WIPO) di Geneva, Switzerland. Bagi negara ASEAN pula, Malaysia kekal berada di tempat ke-2 selepas Singapura. Malaysia berada di kedudukan pertama bagi dua (2) indikator iaitu High-tech exports dan Creative goods exports. Sehubungan dengan itu, Unit Pengurusan Kualiti & Inovasi, INTAN Kampus Sarawak mengambil inisiatif untuk menganjurkan Seminar INTAN Public Lecture sempena Bulan Inovasi peringkat Sarawak Tahun 2024 bagi menyemarakkan budaya Inovasi di kalangan penjawat awam di Sarawak dengan menekankan kepentingan Inovasi secara ilmiah sekaligus dapat mengembangkan rasa ingin tahu dan minat dalam bidang Inovasi. Seminar ini juga secara tidak langsung mengiktiraf dan meraikan semangat Inovasi di kalangan penjawat awam khususnya yang terlibat dalam bidang pendidikan, kejurulatihan dan kepimpinan di Sarawak seterusnya dapat memacu pemikiran kreatif dan inovatif serta pembudayaan yang berterusan yang seterusnya akan meningkatkan produktiviti yang akan memberi manfaat kepada penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.


PENCERAMAH

image

TUAN SUPERI BIN AWANG SAID

PENGARAH JABATAN PREMIER SARAWAK (UNIT TRANSFORMASI DAN INOVASI SARAWAK)

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS SARAWAK
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

16-10-2024 / 8:30 Pagi

Hingga

16-10-2024 / 1:00 Petang

Bertempat

Dewan Auditorium, INTAN Kampus Sarawak.

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

-Tiada-

QR Code

KATEGORI
Seminar | Lain-lain
TERMA & SYARAT
-Tiada-