image
Keterangan Program

Seminar Pendigitalan Kewangan: Digital First ini dianjurkan bagi memberikan pendedahan dan perkongsian mendalam mengenai transformasi digital dalam pengurusan perolehan dan pembekalan. Seminar ini akan merangkumi pelbagai topik penting yang relevan dengan era digitalisasi kewangan, termasuk proses pendaftaran pembekal, penyertaan dalam perolehan serta pengurusan maklum balas, penggunaan tandatangan digital untuk keselamatan dan efisiensi, serta sesi perkongsian ilmu yang interaktif. Selain itu, peserta juga akan didedahkan kepada kaedah penilaian prestasi pembekal, pengurusan bayaran yang lebih teratur melalui e-Invoicing, dan panduan mengelakkan kesilapan yang sering menyebabkan penolakan syarikat dalam sistem perolehan. Setiap topik direka untuk memberikan wawasan terkini, membekalkan pengetahuan yang praktikal, dan mempersiapkan organisasi untuk menghadapi cabaran serta peluang dalam pendigitalan kewangan.


PENCERAMAH

image

TUAN HAJI MOHD AZLI BIN MOHD KASIRUN

BENDAHARI, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
image

TUAN HAJI MOHD YAZID BIN SABTU

TIMBALAN BENDAHARI (STRATEGIK), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
image

PUAN WAN OMI WAN YUSSOP

KETUA JABATAN KEWANGAN, HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
image

PUAN SHALMAH BINTI KAMARUDIN

PENGERUSI SISTEM EP, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
image

PUAN SUZILAWATI ISMAIL

PENGURUS TEKNOLOGI MAKLUMAT KANAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
image

TS. MOHD ZABRI BIN TALIB

KETUA BAHAGIAN PERKHIDMATAN RESPONSIF KESELAMATAN SIBER, CYBERSECURITY MALAYSIA (CSM)
image

ENCIK ROHAIZAD BIN ABD FANDI

KETUA PENOLONG PENGARAH, LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
image

ENCIK AHMAD FAUZI BIN SUNGIP

KETUA SEKSYEN - KSK(D), BAHAGIAN PEROLEHAN KERAJAAN (GPD), KEMENTERIAN KEWANGAN

Anjuran

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI


Tarikh/ Masa

16-01-2025 / 8:00 Pagi

Hingga

16-01-2025 / 5:00 Petang

Bertempat

Putrajaya Marriott Hotel, IOI Resort City, 62502 Sepang, Wilayah Persekutuan Putrajaya Lihat peta

Bayaran

RM 700

Brochure

Muat Turun

Aturcara

muat turun

QR Code

KATEGORI
Seminar | Kewangan
TERMA & SYARAT
-Tiada-