image
Keterangan Program

INTAN Executive Lecture Series (IELS): Webinar Kewangan Peribadi “Ringgit Sentap, Kasi Mantap” ini diharap dapat menjadi platform kepada perkongsian ilmu berkaitan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta tentang pengurusan kewangan peribadi serta memahami keperluan dalam menguruskan wang dengan bijaksana. Ia bukan sekadar memahami tetapi amat digalakkan untuk mempraktikkannya dalam mencapai maksudnya.


PENCERAMAH

image

PUAN JUNAINAH BINTI AHMAD ESA

KETUA CAWANGAN, AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT (AKPK) KUALA TERENGGANU
Junainah Ahmad Esa mendapatkan pendidikan awal di Negeri Sembilan sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Ekonomi di Brown University Amerika Syarikat. Selain itu, beliau merupakan pemegang Diploma Eksekutif Kaunseling Kewangan dari Open University Malaysia. Junainah juga merupakan seorang Perancang Kewangan Berdaftar (RFP) dan Perancang Kewangan Berdaftar Shariah (Shariah RFP) dengan Malaysian Financial Planning Counsel (MFPC). Junainah memulakan kerjayanya di Bank Negara Malaysia sebagai Eksekutif Kanan pada tahun 1997 di Jabatan Pengawalan Bank dan kemudiannya di Jabatan Perbankan Islam dan Takaful sebelum memulakan kerjayanya sebagai Kaunselor Kredit di Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit pada tahun 2007. Pada masa ini beliau merupakan Ketua Cawangan AKPK Kuala Terengganu. Junainah telah mengendalikan pelbagai program pendidikan kewangan AKPK dalam bentuk kursus, ceramah, seminar, forum, bengkel kepada pelbagai lapisan masyarakat serta kumpulan sasaran. Beliau turut memberikan khidmat nasihat kaunseling pengurusan kewangan dan hutang kepada individu dan masyarakat yang memerlukan.

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS WILAYAH TIMUR (INTIM)
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

21-03-2023 / 8:00 Pagi

Hingga

21-03-2023 / 1:00 Petang

Bertempat

DALAM TALIAN: Platform Zoom Meeting atau Facebook Live INTIM

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

muat turun

QR Code

KATEGORI
Seminar | Kewangan
TERMA & SYARAT
Tiada