image
Keterangan Program

Penganjuran webinar ini adalah selaras dengan hasrat dan peranan INTAN Kampus Wilayah Timur sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence) Kesejahteraan di bawah dimensi sosial. Pada akhir webinar ini, peserta akan mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan trend terkini dan informasi berkenaan kaedah penipuan, mengenalpasti jenis-jenis kesalahan dan kaedah penipuan serta menyenaraikan tips untuk mengelakkan daripada terpedaya dan menjadi mangsa penipuan oleh scammer jenayah komersil di Malaysia.


PENCERAMAH

image

ASP RAHMAT FITRI BIN ABDULLAH

PENOLONG PENGUASA POLIS (ASP)
Merupakan seorang pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai pegawai kanan polis pada 01/11/2003. Berpengalaman luas dalam bidang siasatan dan operasi dalam kes-kes Jenayah Komersil & Jenayah. Dilantik menjadi Duta Anti Scam PDRM pada 13 September 2022 kerana kebolehan dan kepakarannya dalam mengenalpasti dan membongkar aktiviti sindiket SCAM. Menyiasat lebih dari 800 kertas siasatan bagi siasatan kes-kes Jenayah Kekerasan dan kes- kes Jenayah Komersil. Terlibat dengan pelbagai operasi dalam menumpaskan penjenayah dalam kes-kes Penipuan Dalam Talian dan kes-kes Jenayah.

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS WILAYAH TIMUR (INTIM)
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

30-04-2024 / 9:00 Pagi

Hingga

30-04-2024 / 1:00 Petang

Bertempat

Dalam Talian: 1. Zoom Meeting: https://zoom.us/j/91513119819?pwd=cDFtaC8rWDliMEN1WFRpR29WL0F0UT09 Meeting ID: 915 1311 9819 Passcode: 224119 *Terhad kepada 500 peserta sahaja. 2. Facebook Live: https://www.facebook.com/intanwilayahtimur

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

muat turun

QR Code

KATEGORI
Seminar | Kewangan
TERMA & SYARAT
Terbuka