image
Keterangan Program

SETIAP KITA PASTI MEMILIKI JENIS TULISAN TANGAN YANG BERBEZA CORAK ATAU 'PATERN'. TAHUKAH ANDA BAHAWA SETIAP TULISAN TANGAN YANG DIHASILKAN ITU SEBENARNYA MEMPUNYAI RAHSIA TUAN EMPUNYA DIRI ITU SENDIRI. NAK KENAL BOS KITA? NAK KENAL ANAK BUAH KITA? NAK KENAL RAKAN SEKERJA KITA? KITA BOLEH KENAL MELALUI TULISAN TANGAN MEREKA! JOM BELAJAR DAN KENALI RAHSIA TULISAN TANGAN SETIAP KITA BERSAMA PAKAR "HAND WRITING ANALYSIS", DR HAJAH AZURA HASHIM. DIBAWAKAN KHAS MELALUI INTAN EXECUTIVE LECTURE SERIES @ INTAN KAMPUS WILAYAH UTARA, SUNGAI PETANI, KEDAH. TERBUKA KEPADA 150 ORANG PENJAWAT AWAM BERDASARKAN "FIRST COME FIRST SERVE BASIS". TUNGGU APA LAGI. AYUH DAFTAR SEGERA. PERCUMA SAJA BAQ HANG! (MAKAN TENGAH HARI DISEDIAKAN!) #JOMBELAJAQ


PENCERAMAH

image

DR HAJAH AZURA HANIM BINTI HASHIM

PENGASAS MASTERY ACADEMY
Dr Azura Hashim menerima pendidikan MBA dan PhD dalam Pemasaran Antarabangsa. Beliau merupakan pemegang Certified Neuro-Linguistic Programming (NLP) Coach di bawah naungan National Federation of Neuro-Linguistic Programming (NFNLP, USA) dan mempunyai kepakaran sebagai Master of Handwriting Analysis yang diiktiraf oleh KAROHS International School of Handwriting Analysis, Amerika Syarikat. Kini beliau adalah pengarah di Medipro Ventures Sdn Bhd, pengasas bersama Mastery Academy, yang berpengalaman sebagai Director Consultant, BNI (Business Networking), pensyarah di Universiti Malaya selain pernah berkhidmat sebagai pengurus di Jabatan Hartanah di UMobile Sdn Bhd dan Head of Site Acquisition & Property di Digi Telecommunication. Antara subjek yang pernah diajar oleh beliau semasa bergelar pensyarah di Universiti Malaya adalah e-pemasaran, sumber manusia dan gelagat pengguna. Bidang kepakaran beliau adalah menerokai minda separa sedar melalui tulisan dan lukisan, pembangunan keusahawanan, pembangunan diri, komunikasi & kepimpinan, Neuro-Linguistic Programming & pengurusan emosi dan terapi kehidupan dengan Asmaul Husna. Secara aktifnya beliau telah membuat banyak perkongsian bersama pelbagai organisasi badan kerajaan dan swasta sejak 8 tahun lepas, termasuklah di Majlis Amanah Rakyat, KWSP, Socso, Lembaga Tabung Haji, Bernama, KPDNKK, PTPK dan banyak lagi. Program seminar Dr Azura telah disambut baik dan mendapat maklum balas yang positif daripada kumpulan peserta pelbagai terdiri daripada usahawan, majikan, golongan pekerja, dan umum. Seringkali dijemput di saluran media massa seperti Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, TV AlHijrah, IKIM.fm, BERNAMA, majalah In Trend, akhbar The Star, Sinar Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro. Selain itu, sering dijemput untuk berkongsi buah fikiran di majalah dan akhbar selain aktif menulis dan telah menulis 5 buah buku yang best-selling.

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS WILAYAH UTARA (INTURA)
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

12-10-2023 / 8:30 Pagi

Hingga

12-10-2023 / 1:00 Petang

Bertempat

Dewan Jubli Perak, INTAN Kampus Wilayah Utara 08000 Sungai Petani https://goo.gl/maps/LMgKW9r5u5Xg1WKAA Lihat peta

Bayaran

Percuma

Brochure

Muat Turun

Aturcara

muat turun

QR Code

KATEGORI
Seminar | Lain-lain
TERMA & SYARAT
Terbuka kepada semua Ketua Jabatan dan Pegawai / Kakitangan Jabatan Persekutuan / Negeri / Badan Berkanun.