image
Keterangan Program

Karnival Gala Budi, Bahasa dan Budaya INTAN Tahun 2023 dilaksanakan dengan kerjasama kampus-kampus INTAN Wilayah, iaitu IKWAS, INTURA, INTIM, INSABAH dan INSARA dengan misi Karnival untuk memangkin kecemerlangan budaya kerja unggul dan pemartabatan bahasa kebangsaan perkhidmatan awam. Objektif utama karnival ini adalah seperti yang berikut: a. Untuk memugar amalan-amalan protokol dan pengurusan majlis kerajaan di samping menghargai kepelbagaian budaya yang wujud dalam tenaga kerja perkhidmatan awam; b. Untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul; dan c. Mempromosikan kursus-kursus protokol dan pengurusan majlis antara INTAN Kampus Utama dan INTAN Kampus Wilayah. Cadangan untuk menganjurkan karnival ini bertitik tolak daripada isi kandungan ucaptama YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim di Seminar Keluarga Malaysia yang diadakan pada 9 Jun 2022. Beliau banyak menyentuh soal budi dan peradaban dalam negara yang juga berkait rapat dengan aspek protokol dan budaya dan dalam masa yang sama menggunakan bahasa Melayu yang halus dan bernilai tinggi. Seminar yang diadakan sempena majlis perasmian merupakan acara pemula bagi karnival ini.


PENCERAMAH

image

YB SENATOR DATUK SERI DR. AWANG BIN SARIYAN

AHLI DEWAN NEGARA, PARLIMEN MALAYSIA
image

YBHG. DATUK ROZAINOR BIN RAMLI

KETUA PEGAWAI ISTIADAT KERAJAAN, KPIK
image

YBRS. PUAN NORLIZA BINTI MD YAMIN

TOKOH SENI DAN BUDAYA MELAKA
image

ENCIK MOHD HAMIDY BIN MOHD SALEH

KETUA PENOLONG SETIAUSAHA, MINDEF
Moderator Profesional

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS UTAMA BUKIT KIARA
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

09-06-2023 / 8:30 Pagi

Hingga

09-06-2023 / 12:30 T/Hari

Bertempat

Auditorium, INTAN Bukit Kiara. Lihat peta

Bayaran

Percuma

Brochure

Muat Turun

Aturcara

-Tiada-

QR Code

KATEGORI
Seminar | Bahasa
TERMA & SYARAT
Terbuka kepada semua penjawat awam.