image
Keterangan Program

Daya cipta atau inovasi ditakrifkan sebagai idea baharu, proses baharu, produk baharu yang merubah sesuatu menjadi lebih cekap dan menyerlahkan potensi yang belum pernah diterokai. Malaysia Madani pula mentakrifkan daya cipta atau inovasi dengan pembaharuan, reka cipta dan reka baharu. Daya cipta, sebagai salah satu rukun Malaysia Madani, akan mewujudkan proses perubahan berterusan, yang mendakap dan memperkasa kreativiti rakyat. Malaysia Madani akan menyediakan persekitaran dan infrastruktur yang mampu merangsang kreativiti dan menggalakkan penghasilan sistem, produk, idea dan proses lebih maju. Tahun lepas, Malaysia di kedudukan ke-36 daripada 132 negara berdasarkan Laporan Global Innovation Index (GII) Tahun 2022 yang telah dikeluarkan oleh World Intellectual Property Organization (WIPO) di Geneva, Switzerland. Bagi negara ASEAN pula, Malaysia kekal berada di tempat ke-2 selepas Singapura. Malaysia berada di kedudukan pertama bagi dua (2) indikator iaitu High-tech exports dan Creative goods exports. Sehubungan dengan itu, Unit Pengurusan Kualiti & Inovasi mengambil inisiatif untuk menganjurkan Seminar Inovasi Perkhidmatan Awam bagi meyemarakkan budaya Inovasi di kalangan penjawat awam di Sarawak dengan menekankan kepentingan Inovasi secara ilmiah sekaligus dapat mengembangkan rasa ingin tahu dan minat dalam bidang Inovasi. Seminar ini juga secara tidak langsung mengiktiraf dan meraikan semangat Inovasi di kalangan penjawat awam di Sarawak seterusnya dapat memacu pertumbuhan ekonomi melalui penambahbaikan perkhidmatan berasaskan produk, proses, teknologi dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.


PENCERAMAH

image

PROF. DR AHMAD RAHMAN SONGIP

PROFESSOR OF INNOVATION MANAGEMENT (VOLUNTEER) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS SARAWAK
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

20-10-2023 / 8:00 Pagi

Hingga

20-10-2023 / 11:30 Pagi

Bertempat

AUDITORIUM, INTAN KAMPUS SARAWAK

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

muat turun

QR Code

KATEGORI
Seminar | Lain-lain
TERMA & SYARAT
-Tiada-