image
Keterangan Program

Sama-sama kita menyahut seruan YAB Perdana Menteri ke arah memahami dan mendalami kerangka Dasar Malaysia Madani supaya perkhidmatan yang lebih baik dapat kita selaku penjawat awam tawarkan kepada rakyat.


PENCERAMAH

image

DATO HADZIR MD ZAIN

PENGERUSI, PERTUBUHAN SUKARELAWAN KEBAJIKAN RAKYAT AMAN (SUARA)
Dato Haji Hadzir Md Zain merupakan anak jati negeri Kedah Darul Aman. Beliau kini merupakan Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Rakyat Aman (SUARA) , sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Beliau merupakan seorang bekas pegawai kanan Kerajaan yang mempunyai pengalaman luas sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Antara jawatan yang pernah beliau duduki termasuklah sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Kini beliau bergiat aktif bersama NGO dalam usaha menyahut seruan YAB Perdana Menteri untuk memantapkan lagi penghayatan, pemahaman dan pelaksanaan Dasar Malaysia Madani di kalangan rakyat termasuklah penjawat awam.

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS WILAYAH UTARA (INTURA)
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

26-06-2023 / 8:30 Pagi

Hingga

26-06-2023 / 5:00 Petang

Bertempat

Dewan Jubli Perak, Intan Kampus Wilayah Utara, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah. Lihat peta

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

muat turun

QR Code

KATEGORI
Seminar | Lain-lain
TERMA & SYARAT
Terbuka kepada semua Ketua Jabatan dan Pegawai/Kakitangan Jabatan