image
Keterangan Program

Webinar Siri Wacana Intelek Eksekutif INTAN bertajuk “Transformasi Digital Sektor Awam: Ke Arah Tadbir Urus Pintar dan Inklusif” dianjurkan bagi meningkatkan kefahaman penjawat awam mengenai peranan transformasi digital dan inovasi dalam memperkukuh tadbir urus, integriti serta kualiti penyampaian perkhidmatan awam. Program ini selaras dengan aspirasi Wawasan MADANI, Pelan Digital Negara (PDN) dan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) yang menekankan penggunaan teknologi dan data pintar ke arah perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus, inklusif dan berteraskan rakyat. Webinar ini akan menampilkan perkongsian ilmu oleh YBrs. Encik Alamin Rehan, Director National Competitive Section, Malaysia Productivity Corporation (MPC), yang mempunyai pengalaman luas dalam pemodenan organisasi, penerapan teknologi digital dan pembangunan bakat masa hadapan. Program turut menyediakan sesi dialog interaktif bagi menggalakkan perkongsian idea, amalan terbaik serta memperkukuh kolaborasi antara peserta dan penceramah.


PENCERAMAH

image

EN MOHAMMED ALAMIN REHAN

PENGARAH, BAHAGIAN DAYA SAING
MPC

Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS SARAWAK
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

17-07-2026 / 8:30 Pagi

Hingga

17-07-2026 / 12:00 T/Hari

Bertempat

secara dalam talian (Google Meet)

Bayaran

Percuma

Brochure

-Tiada-

Aturcara

-Tiada-

QR Code

KATEGORI
Seminar | ICT
TERMA & SYARAT
Terbuka kepada semua penjawat awam yang telah mendaftar di iemg.