PENCERAMAH

PUAN JUNAINAH BINTI AHMAD ESA
KETUA CAWANGAN, AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT (AKPK) KUALA TERENGGANUJunainah Ahmad Esa mendapatkan pendidikan awal di Negeri Sembilan sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Ekonomi di Brown University Amerika Syarikat. Selain itu, beliau merupakan pemegang Diploma Eksekutif Kaunseling Kewangan dari Open University Malaysia. Junainah juga merupakan seorang Perancang Kewangan Berdaftar (RFP) dan Perancang Kewangan Berdaftar Shariah (Shariah RFP) dengan Malaysian Financial Planning Counsel (MFPC). Junainah memulakan kerjayanya di Bank Negara Malaysia sebagai Eksekutif Kanan pada tahun 1997 di Jabatan Pengawalan Bank dan kemudiannya di Jabatan Perbankan Islam dan Takaful sebelum memulakan kerjayanya sebagai Kaunselor Kredit di Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit pada tahun 2007. Pada masa ini beliau merupakan Ketua Cawangan AKPK Kuala Terengganu. Junainah telah mengendalikan pelbagai program pendidikan kewangan AKPK dalam bentuk kursus, ceramah, seminar, forum, bengkel kepada pelbagai lapisan masyarakat serta kumpulan sasaran. Beliau turut memberikan khidmat nasihat kaunseling pengurusan kewangan dan hutang kepada individu dan masyarakat yang memerlukan.
Anjuran
INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS WILAYAH TIMUR (INTIM)
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI
Tarikh/ Masa
21-03-2023 / 8:00 Pagi
Hingga
21-03-2023 / 1:00 Petang
Bertempat
DALAM TALIAN: Platform Zoom Meeting atau Facebook Live INTIM
Bayaran
Percuma
Brochure
-Tiada-Aturcara
QR Code
KATEGORI
Seminar | Kewangan
TERMA & SYARAT
Tiada