image
Keterangan Program

SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM MERUPAKAN PEMANGKIN KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA, KHUSUSNYA BERKAITAN PERKEMBANGAN SOSIOEKONOMI, PEMBANGUNAN INDUSTRI SERTA PERUBAHAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI. APA YANG PENTING SEKTOR AWAM SEHARUSNYA MENJADI SEKTOR YANG DAPAT MEYAKINKAN RAKYAT TERHADAP KEWIBAWAANNYA DALAM PROSES PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN.
PROFESIONALISME ADALAH ELEMEN YANG PENTING DALAM MENGGERAKKAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN SEKTOR AWAM BERADA PADA LANDASAN YANG BETUL. DEKAD INI MENYAKSIKAN TREN BARU DALAM PENGURUSAN AWAM YANG BERMATLAMATKAN PENGURUSAN YANG CEKAP DAN EFEKTIF YANG MAMPU MEMENUHI KEPUASAN SEMUA PIHAK. SEMINAR INI AKAN MENYINGKAP KEPENTINGAN TADBIR URUS YANG BAIK SERTA TAHAP PROFESIONALISME DALAM PERKHIDMATAN AWAM DALAM MEMASTIKAN HASRAT YANG DI INGINKAN OLEH STAKEHOLDERS DAPAT DITERJEMAHKAN OLEH SETIAP PENJAWAT AWAM SEBAIKNYA SERTA DILAKSANAKAN SEPERTI YANG TELAH DIRANCANG AGAR KEMAKMURAN DAN KEHIDUPAN RAKYAT BERADA DI DALAM KESEJAHTERAAN. ANTARA OBJEKTIF SEMINAR KALI INI IALAH UNTUK MENYELAMI PEMBUDAYAAN PROFESIONALISME DALAM ETIKA KERJA AGAR SENTIASA SELARAS DENGAN NILAI MURNI SESEBUAH ORGANISASI DAN SETERUSNYA MELIHAT HALA TUJU DAN CORAK PENGURUSAN ORGANISASI MASA HADAPAN DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM.


Anjuran

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS WILAYAH UTARA (INTURA)
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
JABATAN PERDANA MENTERI


Tarikh/ Masa

31-10-2022 / 9:00 Pagi

Hingga

31-10-2022 / 12:00 T/Hari

Bertempat

DEWAN JUBLI PERAK, INTAN KAMPUS WILAYAH UTARA Lihat peta

Bayaran

Percuma

Brochure

muat turun

Aturcara

muat turun

QR Code

KATEGORI
Seminar | Lain-lain
TERMA & SYARAT
-Tiada-